Saturday, August 15, 2009

DEFINISI BAHASA

Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

( WILIAM L HEWARD DAN MICHAEL)

A code whereby ideas about the would are expressed through conventional system of arbitary for communication.

(LAHEY 1988)

MASALAH BAHASA

Masalah bahasa adalah merujuk kepada masalah membaca seperti disleksia audiotori (dengar), disleksia visual(lihat), disleksia fonoligikal (sebutan), disleksia pusat (pelbagai), disleksia emosional (emosi), dan pegagik. Bagi yang mengalami masalah bahasa ialah kesukaran untuk menguasai menyebut atau membunyi sesuatu perkataan dan kesukara untuk berkomunikasi dengan orang lain

.

DEFINISI PERTUTURAN

Pertuturan merupaka suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran idea.

(KIRK 1972)

Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbedaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan di terima secara logik dan teratur.

(KIRK DAN GALENGER, 1979)

MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan di fahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur atau gangguan semasa bertutur.

(KIRK,1972)

SEJARAH MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN

Bermula pada tahun1985 iaitu timbul keinginan awal untuk membentuk sebuah persatuan bahasa dan pertuturan.sejarahnya bermula dengan perjumpaan di antara enam orang patologis peraturan bahasa dan audiologis iaitu dua orang warganegara Malaysia dan empat orang ekspatriat. Masalah bahasa dan petuturan perkhidmatannya masih lagi berkurangan berbanding dengan masalah penglihatan dan pendengaran. Masalah pertuturan yang di sebabkan oleh kekurangan pendengaran sahaja di berikan perkhidmatan tertentu.

1.DEFINISI DAN KONSEP

Kehilangan salah salah satu pancaindera, boleh mengubah keadaan hidup manusia sehingga mereka berasa terumbang-ambing, rendah diri dan akhirnya kecewa. Pertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati.Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berinteraksi bersama keluarga, rakan rakan dan alam sekeliling.

Pertuturan melibatkan perpaduan bunyi dan perkataan mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna.Oleh itu,dapat didefinisikan sebagai simbol -simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal dan bertujuan untuk pertuturan.

(Kirk, 1972)

Pertuturan yang normal membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz baik , mempunyai kualiti yang semulajadi normal pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbendaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan diterima logik dan teratur.

(Kirk dan Galeher.1979)

.Proses Pertuturan ,bertutur bukanlah semudah yang disangkakan kerana pertuturan akan memerlukan 40 bunyi petuturan yan berbeza.Biasanya .setiap lima saat pertuturan, sebanyak lima suku kata , mengenali bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk perkataan, menterjemah semula perkataan kepada kepada pemikiran.Semasa bertutur seseorang individu itu akan menarik nafas dengan lebih mendalam dan mengunakan 12 set otot secara langsung dan lima otot secara langsung dan lima otot lagi secara tidak langsung. Bunyi dikeluarkan melalui pengawalan dan pengeluaran udara secara perlahan.

MASALAH BAHASA

Masalah bahasa terbahagi beberapa aspek utama iaitu:

· Tanpa bahasa

· Peolehan bahasa yang lambat

· Telah memperolehi bahasa tetapi kemudianya hilang (gangguan)

· Kandungan bahasa yang tidak tepat (tidak kualiti)

Tanpa bahasa adalah disebabkan oleh:

· Masalah pendengaran

· Kerencatan akal yang teruk

· Autisme

· Kecederaan otak yang serius

· Psykosis

Perolehan Bahasa yang lambat adalah di sebabkan oleh :

· Kerencatan akal

· Persekitaran yang terkongkong

· Masalah pendengaran

Kehilangan atau gangguan Bahasa di sebabkan oleh :

· Kerosakan di otak atau saraf ke otak ( kemalangan atau virus )

· Kehilangan pendengaran.

Kandungan bahasa yang tidak tepat di sebabkan oleh :

· Autistik

· Masalah emosi yang teruk

· Kerencatan akal yang teruk

· Masalah pendengaran

· Masalah pembelajaran.

MASALAH PERTUTURAN

· Tanpa pertuturan

· Masalah sebutan

· Masalah suara

· Masalah Kelancaran

2. PUNCA-PUNCA KECACATAN

ATAU PERMASALAHAN

Ø MASALAH PERTUTURAN

Kecatatan / masalah pertuturan difahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan samada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur atau gangguan semasa bertutur.

(Kirk,1972)

2.1 Kecatatan / masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu:

1.Ganguan artikulasi.

2.Gangguan bunyi

3.Gagap

4.Kecatatan pertuturan yang berkaitan dengan sumbing.

5.Kecatatan pertuturan oleh kelompok otak

6.Kecatatan yang berkaitan dengan pendengaran yang tidak sempurna

7.Kecatatan yang berkaitan dengan kerencatan perkembangan pertuturan.

2.2 Masalah pertuturan juga disebabkan oleh :

· Keadaan yang tidak normal di bahagian muka atau mulut yang menggangu fungsi pergerakan lidah ,bibir , rongga hidung , gigi dan lelangit.

· Cacat Pendengaran

· Lemah Pengawakan otot

· Kecatatan pada kotak suara

2.3 Gangguan Artikulasi

Kesalahan yang sering berlaku ganguan artikulasi ialah;-

1.Penggantian

2.Penghilangan

3.Pengubahan dan

4.Penambahan bunyi

Penggantian bunyi berpunca daripada penggantian huruf tertentu dalam sesuatu perkataan seperti penggantian w untuk r, w untuk l, th untuk s dan pa untuk t, k,dan f. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak kecil yang masih tidak matang dalam pertuturan dan pengantian huruf tidak tetap kerana ia bergantung kepada keupayan dan kemudahan kanak-kanak sendiri untuk melafazkan .

Kehilangan sesuatu bunyi menyebabkan pertuturan kanak-kanak tidak lancar Konsenan yang dihilangkan boleh berlaku sama ada pada permulaan pertengahan ,akhir atau ketiga-tiga kedudukan perkataan. Misalnya, sebutan ‘idung’ untuk hidung dan ‘tingga’ untuk telinga.

Penggubalan bunyi banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih besar dan telah dapat menyebut sesuatu perkataan sebenar. Hal ini lebih mudah diperbaiki berbanding dengan masalah penggantian dan penghilangan bunyi perkataan. Pengubalan bunyi perkataan banyak berlaku kepada pertuturan kanak kanak pekak. Penambahan bunyi tertentu dalam perkataan yang dituturkan menyebabkan pertuturan sukar difahami.

2.4 Punca Gangguan Artikulasi

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi iaitu kecacatan lidah ,sumbing bibir dan lelangit, kecacatan penyakit hidung dan tekak serta peniruan pertuturan salah yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa di dalam proses pembelajaran. Kecacatan lelangit dan bibir ialah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu lembut dan struktur bahagian atas bibir yang menggangu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau . Selain itu, kelumpuhan otak yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot pertuturan yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara dengan betul.

Kanak-kanak yang berumur antara 18 bulan hingga tiga atau empat tahun akan bertutur dengan pelat . Jika kesilapan ini tidak dibetulkan, kemungkinan akan menyebabkan gangguan artikulasi dan kanak kanak itu tidak akan menyebut perkataan dengan betul. Keadaan ini kerap berlaku terutamanya sekali kepada kanak-kanak yang suka bertutur dengan cepat sehinggakan menghilangkan huruf-huruf yang sukar disebut . Adakalanya juga gangguan artikulasi tidak berpunca dari kecacatan tetapi oleh faktor alam sekitar yang tegang, kematangan yang lambat, menggunakan dua bahasa tekanan emosi dan keadaan kanak-kanak yang terbiar.

2.5 Gangguan Bunyi

Masalah ini berkait rapat dengan nada, kekuatan dan kualiti bunyi dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang menyenangkan ialah akibat dari alunan bunyi teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh diketahui melalui pengeluaran bunyi yang suara yang kasar, sengau , berbisik, serak dan nyaring yang boleh mengganggu komunikasi yang berkesan.

2.5 Nada suara

Perubahan suara yang disebabkan oleh gangguan bunyi yang berlaku kepada kanak-kanak yang sukar untuk dikenali kerana suara yang dikeluarkan hampir sama dengan perubahan suara yang berlaku kepada seseorang individu di peringkat remaja. Oleh itu, masalah ini hanya diketahui jika perubahan suara yang masih berlaku kepada seseorang individu apabila ia dewasa . Masalah nada suara boleh dipastikan melalui pemeriksaan dan boleh dipulihkan melalui latihan pengeluaran dan pengeluaran suara semasa bertutur.

2.6 Kualiti suara

Kecatatan kualiti suara berlaku dalam dua bentuk:

· pengeluaran bunyi

· Arah bunyi suara

2.7 Pengeluaran bunyi

Ia berpunca dari perubahan struktur pertuturan iaitu saluran udara yang gagal membentuk getaran kepada udara yang mengalir dan disebabkan oleh kelumpuhan otak. Akibatnya, suara yang dikeluarkan menjadi sengau, kasar dan menyebabkan kesesakan semasa bertutur. Masalah ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang gemar menjerit, terutamanya apabila berada dalam keadaan tegang atau terlalu gembira yang menyebabkan tisu membengkak. Jika pengeluaran suara yang tinggi berterusan, kemungkinan suara tidak akan dikeluarkan lagi dan saluran boleh ditumbuhi dengan bintil. Masalah bintil disaluran udara hanya boleh dipulihkan melalui pembedahan.

2.8 Arah bunyi suara

Ia bergantung kepada keseimbangan kaviti pertuturan seperti mulut, hidung, belakang tekak dan peti suara yang bergantung kepada saiz setiap kaviti dan kebolehan individu yang mengarah alunan suara:

Dua jenis kesukaran yang kerap berlaku;

· Pertuturan yang sengau

· Pertuturan yang berbisik

Pertuturan yang sengau disebabkan oleh udara yang sepatutnya masuk ke mulut semasa bertutur, telah masuk ke kaviti hidung. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak sumbing akan menyebut setiap perkataan dengan sengau kecuali konsenan n,m, ng dan vokal. Di samping itu laluan udara yang salah semasa bertutur lantas menghasilkan suara sengau boleh berpunca dari kelumpuhan otak yang gagal untuk mengawal dan menyelaras otot pertuturan dengan sempurna.

Masalah ini juga berkait dengan kerencatan otak yang tidak menerima bunyi dengan sempurna. Sesuatu perkataan yang disebut juga mengikut apa yang didengari menyebabkan suara menjadi sengau, berbisik, atau kasar keadaan yang sama berlaku apabila kanak-kanak yang sedang dalam proses pembelajaran meniru pertuturan sengau, berbisik dan seumpanya yang disangkakan sebagai pertuturan yang betul. Ia juga boleh berlaku kerana jangkitan di saluran udara, terkejut dan rasa takut .

2.9 Gagap

Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap belaku secara berselang-seli antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot pertuturan.

Gagap akan berlaku kepada setiap kanak-kanak yang berumur di antara dua hingga empat tahun. Masalah ini akan berkurangan apabila kanak-kanak mendapat penyesuaian yang lebih baik sama ada di dalam rumah atau di sekelilingnya dan meningkat semula apabila kanak-kanak berasa di alam persekolahan yang mempunyai alam sekeliling yang lebih luas. Apabila dewasa, tahap masalah gagap di tentukan oleh kawalan emosi, sosial dan fizikal penutur itu sendiri.

West (1958) telah merumuskan beberapa faktor yang didapati berkaitan dengan masalah gagap:

· Gagap ialah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak kanak.

· Kaum lelaki lebih ramai gagap daripada perempuan

· Gagap boleh diturunkan melalui keluarga

Individu yang gagap tidak mempunyai sebarang ciri-ciri fizikal yang berbeza dengan individu yang normal. Walau bagaimanapun menurut Webbster dan Brutten (1974) individu yang gagap akan mempunyai ciri seperti berikut;-

· Mempunyai ulangan dan perpanjangan satu satu huruf yang sama

· Gagal untuk mengaitkan pertuturan dengan emosi

· Menggunakan cara- cara tertentu untuk melindungi masalah gagap

· mengulang perkatan atau rangkai kata yang di sebut.

Gagap berpunca dari :

· Keadaan fizikal dan mental seperti lembam

· Saraf dan otot saraf

· Peniruan pertuturan yang salah semasa proses pembelajaran

· Psikologi dan emosi neurois

Kecacatan dan keadaan kesihatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan tanda- tanda gagap. Ia di sebabkan ketidakseimbangan daya agresif dan sensitif. Agresif yang melampau akan menyebabkan kanak kanak berasa tegang, cemas dan terlampau aktif . Keadaan ini akan menimbulkan pertuturan yang gagap, terutamanya apabila pengaliran idea yang terlalu cepat untuk disamakan dengan mekanisma pertuturan.

Selain itu, kanak-kanak terencat mental pula akan menjadi gagap kerana tidak berupaya membentuk konsep bahasa. Oleh itu, kanak- kanak ini sukar untuk mengeluarkan idea atau konsep untuk bertutur dengan baik .

Gagap juga boleh disebabkan oleh otot saraf yang tidak selaras dengan korteks otak- otak di saraf motor. Oleh itu, jika seseorang yang mahir dengan penggunaan tangan kiri, boleh menjadi gagap jika dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja menggunakan tangan kanan.Gagap juga berpunca dari peniruan pertuturan-pertuturan yang salah semasa dalam proses pembelajaran. Jika tanda-tanda dapat dikenali dengan segera masalah ini boleh diatasi dengan latihan pertuturan yang betul.

Kanak-kanak yang pemalu atau rasa terasing daripada keluarga sukar bergaul dengan kanak kanak lain. Mereka akan lebih sensitif atau gugup bertutur dan keadaan ini akan membentuk rasa rendah diri kanak-kanak itu sendiri.

Dengan itu , sesetengah gagap yang timbul ialah akibat daripada tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dengan baik, terutamanyan bertutur dengan orang asing baginya, tetapi kanak-kanak ini dapat pula bertutur dengan orang yang rapat yang dengannya.

2.91 Kelewatan bertutur

Bangss (1968) mendefinisikan kelewatan bertutur sebagai perkembangan pertuturan yang berlaku pada kadar yang lambat dari normal dan kebolehan bertutur tidak sesuai dengan umur sebenar .Oleh itu kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur ialah kanak- kanak yang mempunyai pencapaian pertuturan yang rendah daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur sering dianggap sebagai keanak-anakan, mereka sering dihalang untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya . Keadaan ini akan, menyebabkan kanak-kanak ini terus ketinggalan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga dari segi sosiol dan kemahiran fizikal. Pada peringkat persekolahan pula, kemungkinan pada peringkat akademik kanak-kanak ini seperti ketinggalan dan tidak berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya .Secara tidak langsung kanak-kanak itu berasa rendah diri dan rasa benci untuk ke sekolah. Ia boleh mempengaruhinya dalam bidang akademik.

Ø MASALAH BAHASA

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah bahasa dikalangan kanak-kanak seperti kurang pendengaran, kerencatan mental, ,ketidakseimbangan kelenjar, kesilapan dalam fungsi otak dan alam sekeliling.

2. Punca- punca utamanya ialah:

* Lembam yang akan menyebabkan kanak-kanak tidak berupaya untuk belajar

dengan kawan kawan rakan sebaya yang mempuyai kecerdasan yang normal.

* Kekurangan motivasi kerana kanak-kanak tidak dianggap dapat berbahasa dengan sempurna secara semula jadi dengan orang di sekelilingnya.

* Galakan daripada ibu bapa yang menggalakan anak-anak berbahasa dengan bahasa kanak-kanak iaitu penggunaan bahasa yang tidak mempunyai struktur ayat yang tidak sempurna, pilihan kata atau susunan ayat yang tidak lengkap atau sebutan yang sukar difahami. Contohnya, adik nak makan nasyi’ iaitu yang bermaksud adik nak makan nasi . Ini kerana mereka menganggap bahasa kanak-kanak ialah sesuatu yang boleh dijadikan jenaka dan menyeronokan.

* Gagal untuk merangsang kanak-kanak untuk berbahasa.

* Afasia -ia digunakan untuk menerangkan tentang individu yang tidak

mempunyai pertuturan dan bahasa akibat dari kecederaan otak atau keadaan semasa lahir. Ia terbahagi kepada tiga:

· Kanak-kanak yang tidak dapat meluahkan idea melalui perkataan.

· Kanak-kanak yang gagal untuk memahami simbol dan bahasa.

· Kanak-kanak yang tidak berupaya menggunakan simbol atau perkataan kerana masalah kelupaan.

2.1 Sumbing

Kecacatan ini adalah disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas 13 minggu dalam kandungan. Sumbing boleh berlaku samada di bahagian bibir atau lelangit. Kekerapannya berlaku sumbing di kalangan kanak-kanak ialah 1: 750 bagi setiap kelahiran yang hidup dan ia kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki daripada perempuan.

2.2 Permasalahan bahasa yang berkait dengan Kerencatan Mental

Masalah bahasa yang disebabkan oleh kerencatan mental dapat dikenali melalui kelewatan bertutur dan mengalami perkembangan bahasa yang lambat. Beberapa ciri kanak-kanak cacat pertuturan yang disebabkan oleh kerencatan otak:

· Pencapaian bertutur secara asasnya sama seperti kanak-kanak lembam

· Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian bahasa yang rendah jika dibandingkan dengan umur kronologikal.

· Kelambatan untuk memahami atau mengeluarkan bahasa kerana sukar untuk mengingat.

· Kanak-kanak ini tidak dapat membentuk tatabahasa di dalam pertuturannya seperti kanak-kanak normal.

2.3 Kecatatan bahasa yang Disebabkan Kurang Pendengaran :

Kurang pendengaran menyebabkan kelewatan bertutur atau kanak-kanak yang mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kesukaran untuk mendengar disebabkan oleh sistem saraf tunjang yang berpunca dari kemalangan, kecederaaan dan penyakit atau semulajadi semasa lahir.

3. CIRI-CIRI FIZIKAL, KOGNITIF DAN EMOSI

Fizikal

o Secara umumnya, adalah pergerakan lokomotor dan masalah koordinasi motor halus.

Kognitif

o Daya ingatan, perhatian dan kefahaman.

o Daya bertindak.

o Daya taakulan.

o Keupayaan mental berlebihan

Sosial

o Adalah perhubungan antara individu dengan individu dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Ø MASALAH PERTUTURAN

CIRI-CIRI FIZIKAL :

BULAN / UMUR

PERINGKAT

Perkembangan Pra-fonologi

0-6 minggu pertama

q Pada peringkat reflexive – tindak balas terhadap bunyi.

6 minggu- 4 bulan

q Ketawa dan cooing

5-7 bulan

q Bermain dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan babbling.

q Mengenali bunyi- ibu, orang lain

6-10 bulan

q Mengulangi dan kerap bemain dengan vokal / konsonan.

q Mula memaling dan mencari punca bunyi.

9-12 bulan

q Menghasilkan bunyi yang tidak bermakna.

q Bunyi yang mempunyai intonasi

q Cuba mendengar bunyi yang didengar

Pra- Pengenalan Fonologi

12-20 bulan

q Mula menghasilkan bunyi yang rendah yang bermakna.

q Mula menunjukkan ciri-ciri yang tersendiri dari segi :

q Bunyi yang dihasilkan

q Cubaan menggunakan perkataan

q (Sebutan sering tidak lengkap dan melakukan kesilapan fonetik / fonologi)

Pengenalan Sistem Fonologi

24-36 bulan

q Menggabungklan dua perkataan: ‘mama’ @ ‘papa’

q Mula bertanya mana? Di mana?

q Mula mempelajari ‘gaya’ bahasa yang mudah

q Perlahan-lahan memahami bunyi-bunyi bahasa

36 bulan- 7 tahun

q Penggunaan bahasa / pertuturan yang aktif

q Proses fonologi berkembang

q Bunyi sebutan masih tidak lengkap, tidak menggunakan konsonan, sebutan tidak lengkap dll.

7 tahun ke atas

q Kemahiran fonologi – dalam menggunakan sebutan ayat yang lengkap dan komplek

q Perubahan vokal dan kawalan intonasi dll.

Perkembangan pertuturan dipengaruhi oleh kematangan alat pertuturan,perkembangan intelek, mental,umur kanak kanak dan alam sekitarnya.Menurut Hurlock(1978),perkembangan pertuturan yang normal mengikut umur ialah seperti berikut;-

Umur

Ciri ciri umum pertuturan

Bil perkataan

1-3 bulan

Menangis,merengek dan mengeluarkan bunyi secara rawak

-

4-6 bulan

Merepek dan mengeluarkan bunyi untuk membalas pertuturan orang lain

-

7-11bulan

Lidah bergerak mengikut suara, mengeluarkan rangkaian bunyi perkataan secara berulang ulanng

-

12 bulan

Mula mengeluarkan perkataan pertuturan

1-3

18 bulan

Ayat mengandungi satu perkataan,istilah istilah ditentukan seperti mama papa

18-22

2 Tahun

Ayat yang terdiri daripada dua perkataan yang ,dianggap sempurna kerana mengandungi nama am dan perbuatan

270-300

2.5 tahun

Ayat yang terdiri daripada tiga perkataan ;pertuturan telegrafik

450

3 tahun

Penggunaan ayat aktif ringkas yang difahami untuk bercerita kepada orang lain

900

3.5tahun

Pembentukan tatabahasa yang meluas, meluahkan konsep dengan perkataan dan ayat yang mengandungi 4-5 perkataan

1200

4 Tahun

Penggunaan pertuturan mulut yang berlebihan ; pertuturan dari imiginasi

1500

5 tahun

Mempunyai sinteks yang sempurna dan komplek; penggunaan pertuturan yang komplek bercerita

1800

6 tahun

Pertuturan yang sofisikated;mahir menggunakan pertuturan tatabasa untuk berlajar dan membaca

2000

CIRI-CIRI KOGNITIF

1. Keadaan Mental dan Fizikal seperti Lembam

Masalah Pertuturan juga mempengaruhi keadaan mental iaitu lembam. Masalah ini disebabkan ia berkait-rapat dengan keupayaan pemikiran seseorang itu meluahkan sesuatu sama ada secara rasional ataupun ada masalah tertentu.

Di samping itu, lembam mempunyai IQ antara 75-90 . Keadaan ini berlaku antara lingkungan normal dan moron. Seseorang itu tidak akan mengikuti pembelajaran dan mempunyai cara-cara tertentu serta sukar bagi menyesuaikan diri di sekolah.

2. Kekurangan Rangsangan

Kekurangan rangsangan sama ada daripada ahli keluarga, ibu bapa, sanak-saudara juga akan menyebabkan seseorang itu terasa dirinya terasing dan rendah diri. Dengan cara sedemikian, mereka menjadi kurang bercakap dan keupayaan serta perkembangan untuk bertutur secara lancar menjadi semakin rendah.

3. Kurang Memberi Tumpuan Percakapan

Seseorang yang menghadapi masalah pertuturan akan berkomunikasi dengan tidak memberi penumpuan dengan apa yang diujarkan olehnya kepada seseorang yang sedang berkomunikasi dengannya. Keadaan ini menyebabkan idea atau topik yang diujarkan olehnya tidak dapat diterima oleh orang lain. Keadaan ini wujud semasa pengeluaran suara dan gangguan di glotis. Ini mentebabkan komunikasi terganggu.

CIRI-CIRI SOSIAL

1. Kecelaruan dalam Pertuturan

Ia melibatkan struktur / neorologi antaranya adalah ‘dysarthia’ dan ‘dyspraxia’ pada kanak-kanak yang mengalami celebral palsy dan celahan di lelangit. Ia berpunca daripada organ seperti kecelaruan fungsi artikulasi / fonologi. Keadaan ini telah menyababkan keupayaan untuk bersosial menjadi tidak harmoni kerana pertuturan yang bercelaru dan menyebabkan kesukaran untuk memahami.

2. Kecelaruan Suara

Kecelaruan dalam bersuara berkait-rapat dengan patologi dan alat vokal organ. Ciri-cirinya seperti garau (hearsness), sempat (brathiness), sengau (hypernesality) dan ketidaksesuaian suara sama ada terlalu lembut atau terlalu kuat. Oleh hal demikian, komunikasi akan terjejas dan tidak stabil.

3. Bahasa yang Tidak Diperkembang

Kelambatan yang nyata dalam perbendaharaan kata, nahu yang perlu untuk di-perkembang. Oleh kerana, perbendaharaan kata tidak dapat diperkembang, maka ini akan menyempitkan kemahiran berkomunikasi sekaligus melambatkan proses untuk berkomunikasi dengan baik.

4. Komunikasi Yang Tidak Stabil

Komunikasi yang tidak stabil merujuk kepada pertuturan yang mempunyai nada yang tidak sempurna seperti turun naik nada suara. Contohnya, seseorang itu menghidapi kelumpuhan di bahagian-bahagian mulut seperti celebral palsy atau kecacatan sekeliling anggota selepas Apoplexy atau kemalangan.

5. Kurang Peluang Bertutur

Kurang peluang bertutur terutama bersama kawan-kawan dan masyarakat menyebabkan peluang berkomunikasi dengan baik akan terjejas. Keadaan ini ia tidak mengikut ‘cara’ dan ‘daerah’ pertuturan yang betul. Antaranya, bibir, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut merupakan bahagian ‘daerah sebutan’. Contohnya, dalam menyebut cara sebutan ‘sengauan’ yang betul. Sengauan dihasilkan dengan cara yang hampir sama dengan menurunkan lelangit lembut untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Semua bunyi sengau yang dihasilkan ialah bersuara, iaitu dengan pita suara bergetar. Terdapat empat konsonan yang terhasil daripada bunyi sengauan dan salah satu daripadanya ialah Sengau bibir [m].

Terhasil apabila bibir bawah dirapatkan dengan bahagian bibir atas dan pada masa yang sama lelangit lembut di turunkan. Udara akan dikeluarkan melalui rongga hidung. Ini akan menjelaskan bahawa, jika seseorang itu menghadapi masalah pertuturan dan jika ia tidak mempraktikkan, maka akan menyebabkan gangguan dalam mengeluarkan suara.

Ø MASALAH BAHASA

Ciri-ciri Fizikal

Dalam menyentuh ciri-ciri fizikal masalah bahasa, kami membuat kesimpulan bahawa ia seakan-akan sama dengan Masalah Pertuturan. Dengan demikian, kami merasakan ia tidak mempuyai banyak perbezaan.

Ciri-ciri Kognitif

Fungsi bahasa sebagai alat berkomunikasi memainkan peranan yang sangat penting kepada manusia. Perolehan dan penguasaan bahasa bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Jika berlaku kegagalan menguasai pembelajaran bahasa yang disebabkan masalah-masalah kerencatan sama ada kerencatan akal, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan sebagainya secara berterusan, ini akan menjejaskan pencapaian seseoarang pelajar tersebut.

Antara ciri-ciri kognitif ialah ;

1. Lemah Daya Pemikiran

Kanak-kanak di bawah kategori ini dikatakan mempunyai otak yang lemah. Biasanya, kanak-kanak ini mempunyai darjah IQ lebih kurang 80-90 berdasarkan ‘normal curve’ dalam skala standford-Beneti, sedangkan kanak-kanak ini juga sukar mengingati sesuatu, khususnya yang berkait-rapat dengan fakta dan perangkaan. Mereka juga tidak dapat memberi penumpuan yang lama terhadap sesuatu, lemah daya pengamatan yang dialami mereka berkemungkini berpunca daripada penyakit yang dialami sejak kecil, demam panas atau kemlangan.

2. Kurang Keyakinan Diri

Bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas yang menghidapi masalah bahasa, mereka akan berasa kurang keyakinan diri, takut dan sukar untuk berkomunikasi. Ini menjadikan mereka berasa rendah diri kerana merasakan bahasa mereka bercelaru, takut diejek, dibuli dan sebagainya.

Di samping itu, dalam aspek pelajaran mereka tidak menunjukkan prestasi dalam yang membanggakan , kecenderungan terhadap perkara yang diajar, bermotivasi rendah dan sebagainya. Namun ini bukan menjadi masalah yang membebankan kerana mereka perlu diberi pendidikan dan meringankan beban mereka.

3.Ingatan

Ingatan mereka juga terganggu menjadikan mereka cepat lupa atau hilang daya ingatan. Kegagalan mereka menguasai ingatan jangka pendek (Shoot-term memory) menjadikan mereka tidak mampu mengingati sesuatu dengan baik. Meskipun, diberikan dengan aktiviti latih-tubi, mereka masih tidak mampu mengekalkan ingatan untuk satu tempoh tertentu.

Ciri-ciri Sosial

1. Sukar Mengawal Emosi

Kanak-kanak keperluan khas selalunya mempunyai emosi yang tidak stabil. Ini memberikan masalah apabila seseoarang itu menjalinkan persahabatan dan bergaul.Contohnya, adakalanya mereka menjadi periang dan kadang-kadang menjadi seorang yang agresif. Selalunya, ia terjadi kepada kanak-kanak Autisme yang selalunya gagal mengawal tindakan dalam satu-satu masa tertentu.Kanak-kanak seperti ini sukar sesuatu konsep dan kesukaran dalam dalam membuat perbezaan yang tepat terhadap sesuatu yang memerlukan pengamatan. Mereka juga tidak boleh menghubungkan satu hal dengan satu hal yang lain.

2. Malu Berkomunikasi

Mereka juga malu untuk berkomunikasi kerana bahasa yang tidak sempurna. Dengan demikian, mereka akan mengasingkan diri dan tidak mahu berkomunikasi dan bersahbat.

4. LANGKAH PENCEGAHAN

Merujuk kepada masalah bahasa dan pertuturan dan bahasa, terdapat pelbagai punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Antaranya ialah:

· Tempatkan murid hampir dengan guru

· Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran

· Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas

· Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid

· Murid digalakkan untuk bercakap

· Jangan memaksa murid menghafal

· Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid banyak berinteraksi

· Teknik pemusatan pembelajaran murid

· Teknik peniruan

· Teknik modelling

· Latih tubi

· Pendekatan mainan

· Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar

· Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan yang betul dan mudah.

· Pengulangan bacaan

· Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan

· Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan spontan.

4.1 Peranan Guru

Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid perlu ditempatkan hampir dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas. Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa untuk menghafal dan perlulah elakkan murid daripada merasa tertekan.

Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan bahasa semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah diajak berbual dan topik yang dibualkan itu mestilah berkaitan dengan pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru perlu memberi pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya murid banyak berinteraksi .Melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti yang dirancang kepada kemahiran lisan iaitu mendengar ,menyebut, bertutur, berbincang dan membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini, berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.

Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid-murid bertutur contohnya, guru menunjukkan budak sedang berlari sambil menyebut Dia sedang berlari”. Seterusnya kanak-kanak mungkin hanya menyebut “dia”.Guru terus mengulang perkataan secara berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya adalah melalui aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu untuk membantunya sebagai model. Di sini model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk difahami, Murid-murid yang mengalami masalah akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.

4.2 Peranan Ibu bapa

Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan bahasa dan pertuturan. Di ruman ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses berinteraksi. Di sini ibu bapa memerlukan penggunaan bahasa yang betul, mudah serta ringkas pada permulaannya. Lama-kelamaan anak-anak dapat berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini memepengaruhi penggunaan bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu melatih anak-anak supaya berkomunikasi dengan baik , supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa dan pertuturan. Di sini, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan bahasa yang betul seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.

4.3 Panduan atau langkah Pencegahan

Masalah artikulasi

Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku kepada kanak-kanak kecil,kematangan dan bimbingan tentang penyebutan perkataan dengan betul oleh adalah mencukupi untuk mengatasi masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada kanak kanak yang menunjukan gangguan yang melampau .

Guru boleh mengajar kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran, stimulasi bunyi dan program pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat kanak kanak dan jumlah perkataan yang digunakan untuk bertutur bersama teman rakan sebaya.

Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah artikulasi iaitu;-

· Mengajar kanak kanak mengenal masalah artikulasi yang di hadapinya dan melatih untuk menyebut perkataan dengan betul.

· Mengajar penyebutan perkataan secara berangsingan suku kata dan dalam bentuk perkataan.

· Mengajar kanak kanak menggunakan bunyi yang betul dalam pertuturan.

4.4 Langkah Atau Panduan Pencegahan Masalah Gagap

West (1996) mencadangkan bahawa masalah gagap boleh dikurangkan melalui beberapa cara iaitu;-

· Psikonalisis

· Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan sesuatu.

· Latihan negatif iaitu menghilangkan gagap dengan menyedarkan penutur tentang gagap yang dialami dan melatihnya bertutur dengan sempurna.

· Latihan penggunaan tangan yang mahir sama ada atau tangan kanan atau kiri untuk menulis dan membaca supaya kelemahan atau kelumpuhan otak dapat dipulihkan.

Masalah ini dapat diatasi daripada pakar pertuturan, ahli psikoterapi dan ahli psikonalisis yang memberi latihan pertuturan,pembacaan dan imaginasi.

4.5 Agensi yang Memberi Perkhidmatan Kepada Kanak-kanak Cacat Pertuturan

Di Malaysia, perkhidmatan terhadap kecatatan pertuturan masih lagi berkurangan.Ia mungkin disebabkan oleh tanggapan segolongan besar masyarakat yang merasakan bahawa masalah artikulasi, bunyi, gagap, sumbing, dan kelewatan bertutur bukannya satu kecacatan tetapi masalah semulajadi yang tidak boleh dipulihkan. Kecacatan kelumpuhan otak digolongkan ke dalam kecacatan spastik.Dengan itu,hanya masalah pertuturan yang disebabkan oleh kurang pendengaran yang digolongkan sebagai bisu. Dan pekak yang telah mempunyai perkhidmatan tertentu.

Biasanya, kanak-kanak yang bisu dan pekak boleh mendapatkan perkhidmatan latihan pertuturan di Bahagian Pediatrik, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan klinik-klinik swasta. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak bisu dan pekak yang di anggarkan oleh Baharudin dan Shaharudin (1958) kanak-kanak yang berumur di antara 0-6 tahun iaitu seramai 3,902 orang yang meningkat pada hari ini,tentunya perkhimatan yang ada sekarang ini tidak mencukupi.Ini berlaku,terutamanya apabila pekhidmatan yang diberikan oleh klinik swasta mengenakan bayaran yang mahal, hanya kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan sahaja yang mampu untuk mendapat perhidmatan ini.

Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau kelas pencantuman iaitu sekolah biasa yang mempunyi kelas dan guru khas yang boleh mengajar kanak-kanak ini seperti kanak-kanak lain.

4.6 Doktor

Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga bulan dan akan melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang masa yang paling sesuai untuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap menyekat saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal kelahiran bayi.

Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.

Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini, dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.

4.7 Patologis Pertuturan - Bahasa

kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan atau bahasa juga perlu berjumpa dengan pakar Patologis Pertuturan. Ini adalah untuk membantu seseorang kanak-kanak tersebut supaya boleh menjalani yang sewajarnya dalam kaedah-kaedah yang tertentu dalam membuka artikulasi untuk mengeluarkan suara dan sekaligus dapat bercakap. Seseoarang pakar Patologis Pertuturan – Bahasa bertanggungjawab untuk mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-masalah pertuturan dan bahasa serta melakukan rehabitasi yang sewajarnya bagi kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah ini

RUMUSAN

Sebagai rumusannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pertuturan dan bahasa merupakan kanan-kanak yang bermasalah dalam pengeluaran suara. Walau bagaimanapun, mereka boleh dibantu dari pelbagai aspek. Kehilangan suara atau penyebutan perkataan akan tidak seimbang jika rawatan yang hendak diberikan terlalu lambat atau kanak-kanak telah menjangkau umur yang matang.

Oleh kerana negara kita mempunyai banyak tenaga-tenaga pakar yang berkaliber, maka kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah dalam pertuturan dan bahasa akan memperolehi rawatan yang sewajarnya atau pelbagai kaedah untuk merawat. Terutamanya kepada kanak-kanak supaya mereka tidak ketinggalan jauh ke belakang dalam pelajaran. Contoh pakar-pakar yang membantu adalah seperti doktor, patologis pertuturan, guru khas, pihak Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

Dengan demikian, kanak-kanak yang bermasalah sebegini tidak seharusnya dibebani dengan permasalahan mereka. Ini kerana, kita boleh mencari pelbagai alternatif untuk membantu mereka. Ini sekaligus mewujudkan masyarakat yang penyayang dan menyemai rasa bertanggungjawab sesama kita walaupun pelbagai bangsa dan keturunan.

BIBLIOGRAFI

Heddle,W.G.;Brigance,W.N.;dan powell,V.M.1973,Patterns in Communication;A Guide

To Speech and Critical Listening.New York ; J.B.Lippincott Company.

Hurlock.E,B.1978.(ed. 6)Child Development.U.S.A.;.Mc Graw Hill

International Book Company.

Kirk,S.A. Galeher, J.J.1979.(ed .3) Educating Exceptional Child.

Boston:Hougton Mifflin Company.

Kirk.S,A,1962.U.S.A (ed.2).Educating Exceptional Child . Boston

Hougton Mifflin Company.

Rehabilition of the Handicapped in Malaya;A report of Social Survey conducted by the

The Federal Department of Social ofWellfare in Oktober 1958. Oleh Baharudin

Dan Shaharudin Haron ,”Situation of Chidren and and Youth in West Malaysia

1970.

Shanker,U.1976.Exceptional Children.New Delhi.India :Sterling Pbublisher

Private Limited.

No comments:

Post a Comment