Saturday, August 15, 2009



DESLEKSIA

Ciri kanak Bermasalah Pembelajaran

Kecerdasan normal, tetapi prestasi pembelajaran di bawah tahap yang dijangkakan

kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran

perkembangan kognitif lambat

keupayaan koodinasi motor yang lemah

masalah membuat persepsi dan tanggapan

kesulitan dalam pertuturan

kesukaran dalam bacaan

kesukaran dalam tulisan

kesukaran dalam matematik

t.laku sosial tidak sesuai.

MEMAHAMI MURID DISLEKSIA

“ Kanak-kanak disleksia membingungkan.Dia tampak cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik….. Tetapi kemahiran membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan, semacam di bawah potensinya. Dia senang dianggap tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai “

DISLEKSIA

Mengenali disleksia sebagai suatu kesukaran pembelajaran sepesifik

Memahami bahawa kanak disleksia mempunyai kekuatan yang boleh membantu mereka mengatasi kesukaran spesifik

APA ITU DISLEKSIA

Perkataan disleksia ( dyslexia ) gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud kesukaran dan ‘lexia’ bermaksud perkataan.Diterjemah membawa maksud ‘ kesukaran dengan perkataan bertulis’.

British Psycological Society ( 1999 ) - “Dyslexia is evident when accurate and fluent word reading or spelling develops or with great difficulty”( Disleksia terbukti wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca atau mengeja berkembang dengan kesukaran yang amat sangat )

MASALAH BAHASA

Masalah membaca : -

a. disleksia audiotori

b. disleksia visual

c. disleksia fonologikal

d. disleksia pusat

e. disleksia emosional

f. disleksia pegagogik

Istilah dan makna

Susah menguasai kemahiran membaca dan menulis TETAPI memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain.

Disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat- terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna

.

OTAK TERBAHAGI KEPADA DUA SFERA

Sebelah Kiri - Penggunaan bahasa, Pemikiran Logik , Susunan dan struktur

Sebelah kanan visual, daya kreatif dan kemahiran seni.

Otak Sebelah Mana ? Disleksia

Orang disleksia cenderung menggunakan otak kanan.

- Cara berfikir dan belajar mereka berlainan.

- Berbakat kreatif/ seni

- Lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur.

Lelaki atau perempuan ?

Lebih ramai budak lelaki berbanding budak perempuan pada nisbah 3:1.

Membawa kesan yang berbeza, pada darjah yang berbeza, kepada individu yang berbeza.

10-15% mengalami tahap ringan manakala 4% mengalami masalah teruk.

TEORI PENGENALPASTIAN DISLEKSIA

1. Teori kepincangan ( Discrepancy

- Kepincangan antara kecerdasan murid dengan kegagalan menguasai kemahiran membaca.

2. Teori Pengasingan ( Exclusion )

- Disleksia tidak boleh dikategorikan sebagai masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Kerana mereka tidak mengalami masalah gangguan emosi yang teruk.

FAKTOR KEJADIAN DISLEKSIA

Genetik ( kromonsom 15, 1 dan 16 )

Biologi ( lahir tidak cukup bulan )

Kemantangan ( Saraf lambat berkembang ) kajian - kanak lelaki lambat berkembang dibandingkan dengan kanan perempuan

Faktor lain- ( bahasa, visual, ruang dan motor )

CIRI DAN MASALAH KANAK DISLEKSIA

1. Bahasa dan Pertuturan - Kesukaran fonologikal dalam proses pertuturan termasuklah ( perkataan, salah sebut, mencampur adukkan perkataan, lemah sintaksis

2. Urutan ( sequencing ) - kesukaran visual dan audiotori. Sukar dalam memadan, mengasing, sukar memakai pakaian, masalah membuka/tutup paip, butang baju, buka pintu.

3. Kemahiran motor -motor kasar dan halus ( penggunaan garpu, sukar gunting, menekap, memegang pensil, ikat tali leher, melompat, menangkap bola, sukar naik tangga,naik basikal, menyiapkan kerja, berenang, arahan kiri, kanan, undur, maju kehadapan.

CIRI DAN MASALAH DISLEKSIA

4. LATERALITI - Lateraliti bersilang menggunakan kedua belah bahagian kiri dan kanan dalam melakukan pekerjaan.

( contoh : sepak kaki kiri, lensa kamera mata kanan )

JENIS-JENIS DISLEKSIA

A. Dyscalculia ( diskalkulia ) - Matematik

B. Dysgraphia ( disgrafia ) - bahasa

Dysparaxia ( dispraksia ) - masalah kordianasi motor-mata- tangan

FAKTOR KEWUJUDAN MASALAH DISLEKSIA

Faktor pengajaran dan pembelajaran

- kesesuaian kaedah P&P

Faktor deria dan Fizikal –

Masalah Murid Disleksia

1. Keliru dengan bentuk huruf seakan-akan sama.

Contoh : ( h --n, c -- e, f -- t, g --q )

2. Keliru huruf yang terbalik.

Contoh : ( w -- m, h -- y, u -- n )

3. Keliru huruf songsang.

Contoh : ( p -- q , b -- d )

4. Keliru dengan bunyi seakan-akan sama

Contoh : ( b -- p, d -- t, m -- n )

5. Keliru dengan konsonan berganding

Contoh : ( sy, ny )

6. Keliru semasa menyebut bunyi suku kata

Contoh : ( lari disebut ‘ lali ‘

MASALAH MATEMATIK

Keliru dengan nilai nombor

Keliru angka 6 : 9

Bilang mengikut urutan.

Keliru dengan angka belas

Tidak boleh mengenal angka

Tidak boleh menulis angka dengan betul

Tidak boleh melengkap nombor turutan menaik.

Tidak boleh menyusun dua kumpulan nombor untuk menjadi ayat matematik

Tidak boleh menulis ayat matematik bagi operasi tolak

MASALAH FIZIKAL/PENGURUSAN DIRI/ SOSIAL

Pakaian sentiasa tidak kemas/ kotor

Butang baju salah butang

Tali kasut tidak diikat rapi

Kidal

Tidak berminat dalam pelajaran

Perhatian singkat dan keliru

Pengamatan lemah.

MASALAH PERTUTURAN

Lisan

Artikulator tidak sempurna

Sebutan kurang jelas

Intonasi bacaan

MASALAH DALAM PEMBELAJARAN

Lemah dalam bacaan

Lemah menyelesaikan masalah matematik

Perlakuan mengigit jari dan pen ketika melakukan kerja bertulis

Bahasa lisan baik dibandingkan daripada penulisan

Tulisan sukar dibaca, menekan semasa menulis,

Kerap menggunakan pemadam dan tidak memulakan huruf besar memulakan ayat

PENGENALPASTIAN DISLEKSIA

PEMERHATIAN

PELBAGAI UJIAN PIAWAI

PENAFSIRAN REKOD PRESTASI

REKOD PROFIL

PROGRAM MEMBANTU DISLEKSIA

Program kemahiran keibubapaan

Program peningkatan akademik

Program Peningkatan Konsep dan Keyakinan diri.

Program Kaunseling Kelompok

Program kerjsama antara disiplin

Program Perkongsian Mengajar Berhasil

Bagaimana Guru Membantu ?

Kenalpasti kekuatan dan kelemahan

Kenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus.

Mengenalpasti pola kesilapan atau masalah spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara menjawab matematik.

Kenalpasti sebab jejas kemajuan

Pelbagai cara tarik minat

Memahami gaya pembelajaran

Pendekatan Pengajaran

Gunakan pelbagai deria : sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh

Kerap ulang : Cara berbeza mengukuh kefahaman dan ingatan

Berstruktur dan turutan : Dari unit kecil dalam turutan jelas, usahakan kemajuan melalui langkah kecil dan berperingkat.

Kumalatif : Kaitkan maklumat baru dengan yang dipelajari

Strategi ingatan/ hafalan : peta minda, lukisan, carta

Dekati kanak-kanak melalui kekuatan

Ingatkan ciri otak kanan :

- Kecerdasan visual, kepekaan warna, bentuk dan pola.

- Kreatif, berbakat seni atau muzik

- Daya imaginasi kuat

- Fikiran spontan, intuitif, holistic

Izinkan kanak-kanak bentang hasil kerja melalui cara yang sesuai dengan bakat/ keupayaan

Jaringan

gambarajah

carta aliran

pita rakaman

menaip ganti menulis

No comments:

Post a Comment