Saturday, August 15, 2009

Hari ini aku bangun berazam untuk menghabiskan assigment aku.......tapi jangkaan aku meleset lagi.........berita dari kempes....ada khabar angin menyatakan bahawa UPSI mungkin akan ditutup dan ini ulasan dari Blog UPSIkini.......


MAHASISWA RESAH KES H1N1 DI UPSI

Tanjong Malim, 16 Ogos – Penyebaran wabak H1N1 di UPSI sejak kes yang berlaku awal bulan lalu sehingga memaksa penutupan kampus utama dan kolej-kolej kediaman sekali lagi menimbulkan suasana resah di kalangan mahasiswa di sini.

Ini berikutan perintah kuarantin ke atas beberapa pelajar yang dikatakan disyaki terkena jangkitan H1N1 minggu ini dikatakan semakin meningkat dan desas-desus mengaakan UPSI mungkin ditutup sekali lagi.

Dalam beberapa tinjauan yang dibuat UPSIkini, rata-rata mahasiswa masih tertanya-tanya apakah status dan kedudukan sebenar berkenaan tahap penularan wabak tersebut di UPSI.

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, saudara Zulhilmi Mohd Noor ketika diajukan persoalan ini berkata, UPSI belum lagi menerima arahan daripada mana-mana pihak untuk mengisytiharkan UPSI sebagai lokasi panas H1N1.

“Setakat ini memang ada kes yang membawa kepada arahan kuarantin ke atas beberapa pelajar namun kita belum lagi menerima arahan penutupan atau diisytiharkan sebagai lokasi panas H1N1”.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini adalah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut semua saranan pencegahan jangkitan H1N1 yang dianjurkan Kementerian Kesihatan”,jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan mengisytihar kawasan tertentu sebagai lokasi panas H1N1 adalah tidak wajar dan sukar untuk diklasifikasikan kerana wabak tersebut sudah merebak merentas sempadan.

Sehingga kini, jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 59 orang dalam kes yang dilaporkan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment